Just The Way I Am (:

My photo
Trust me, I'm a CHEMIST ! XOXO, N !

HahaHihiHuhu :PP

Daisypath Anniversary tickers


Thursday, July 19, 2012

RAMADHAN 1433H


Assalamualaikum saudara saudari seIslamku :)
Alhamdulillah, pengumuman puasa dah keluar tadi .
InsyaAllah, tarikh mula puasa tahun nie dah ditetapkan iaitu :

Sabtu, 21 Julai 2012 

Dan insyaAllah juga, tahun nie aku dapat sambut bulan puasa sepenuhnya kat rumah bersama keluarga . Dapat la sahur sama2, buka sama2, yang penting dapat makan masakan ibu :)
Semoga Ramadhan tahun nie lebih bermakna, lebih berkat . InsyaAllah ada rezeki dapat tarawih sama2 jugak nanti ngan family . Bulan puasa nie syaitan kena gari kuat2, gunakanlah sebaik mungkin kesempatan yg ada nie ye . Tingkatkan amal, pelihara nafsu ! InsyaAllah .


Haa adik2, nanti nak puasa kena niat tau . Kalau tak niat nanti cepat lapar, eh ? Hehe
Nak senang, adik2 niat je puasa utk sebulan ye . 
Puasa penuh tau, nanti baru leh dapat duit raya  ! Hihihi =D

" Allahumma sallimni ila ramadhan wa sallim li ramadhan wa tasallumahu minni taqabbalan " 
yang bermaksud : Ya Allah ! Selamatkanlah kami hingga bulan Ramadhan ke depan, dan pertemukan untuk bulan Ramadhan dan terimalah seluruh amal kami pada bulan Ramadhan .
AMIN ! 


 

Tuesday, July 17, 2012

Major Kimia UPM, anyone ? =)

Good evening my gorgeous readers ! :)
Yeahh, hari nie rasa nak share pasal kos major kimia kat UPM ..mana tau dapat membantu mereka yang dalam dilema sama ada nak pilih kos nie ke tak kan *mcm aku tak dalam dilema je, haha* . So, meh la aku share serba sedikit apa yg akak senior share kat aku time chatting2 dengan beliau tadi . FYI, akak senior nie baru nak masuk tahun kedua utk kos nie ..kira tua setahun drpd aku la kot ..eh ? Hehe . Byk la jugak dia kongsi info memandangkan aku memang banyak sgt tanya kat dia tadi tapi tenang je dia jawab, maybe :P . Aku malas nak tulis panjang2 nak cerita balik satu2, so korang baca la sendiri conservation kitaorang nie ye . Hehe =)

Persoalan :
Subjek yg d'pelajari utk 1st year, subjek u yg wajib ambil, koko, credit hours & jadual kelas
*seingat aku nie la antara yg ditanya :D*


Credit to : kak Intan A'dzarni, thanks a lot for sharing :))
( ada senior cakap ada belajar math jugak ..haaa ? Hehe )

Dan pasal kolej pulak, yeahh ..aku dapat kolej 16 ( under kolej serumpun ) ! Pape pun, kolej rafflesiaku kat Palam tetap di hati la *eceyhhh* . Mewah ala2 kondo gitu, kalau bangun lambat nak g kelas pagi pun tak berebut nak mandi sebab bilik air dalam rumah kan =D . Tapi utk degree nnt nie, bilik air semestinya luar bilik . Ada lima bilik air dekat setiap aras, memang kena bangun awal la sebelum subuh kalau taknak berebut nnt nampaknya . Setiap bilik pula ada empat orang ( kalau tak silap la senior cakap, kalau salah sorry :P ) . Okayy la tu kan, adventure ckit ..isshhh, asyik nak mewah je kau nie Nyda . Hahaha . Yang penting aku bersyukur sangat2 sebab dengar ceritanya student UPM akan stay kat kolej smpai grad nnt, maybe takyah susah2 nak pkir pasal rumah sewa ke apa kan . Hopefully, insyaAllah =)

Jadi, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA jumpa la kita nanti ye .
Belajar selama empat tahun sebagai pelajar Bac. Sains ( Kepujian ) Major Kimia, Fakulti Sains. InsyaAllah, tunggu la aku explore satu UPM yg penuh dengan kehijauan tu nanti . Hehe . Jumpa kawan baru, dunia baru :) 
Salam .

p/s : Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku nanti, pertemukanlah aku dengan sahabat2 yang baik yang akan sama2 membimbingku ke arah kejayaanMu . InsyaAllah, amin !




Friday, July 13, 2012

Rezeki =)

Assalamualaikum, yeahh yeahh jumpa lagi ! =D
nampaknya hari ini, hari Jumaat yang penuh mulia dan barakah maka terjawablah segala misteri, konspirasi, kontroversi yang menghantui pasal result upu . 
Keluar jugak akhirnya ! memang hot habis la hari nie bila segala news feed kat facebook, timeline kat twitter penuh ngan update pasal upu nie .
masing2 share dapat mana untuk degree nanti . Tahniah korang :)
Aku pulak camne ? Dapat mana, course apa ? Kalau ye pun nak tau, sabar dulu . Hehe 


Haa ni dia .
Alhamdulillah, inilah rezeki Allah untuk aku :)

Nampak ? Bacelor Sains (Kepujian) Major Kimia UPM okayy *takyah nak bangga sgt Nyda =D*
Alhamdulillah, walaupun sedikit terbabas daripada apa yang aku nak but still, ini one of the course yang memang aku apply untuk RU . Syukur, pape pun aku redha dan terima je . Allah bukan bagi apa yang kita nak, tapi dia bagi apa yang kita perlu kan . InsyaAllah, inilah yang terbaik daripada Dia :) 
Tapi aku macam tersangkut antara minat aku dengan hasrat ibu bapa aku, tetiba rasa macam dalam dilema . Takpe la, tu nanti aku try la slow talk dengan diaorang kan . Hihi :P
Dan lagi sekali nak ucap tahniah untuk kawan2 aku, alhamdulillah murah rezeki dorang ada yang dapat medic, farmasi, dentist . Aku tumpang gembira untuk korang, LOVE U OLLSS ! <3
Good luck for our future :)

Yes, I'm 19 and I'm going to further my degree soon .
*okayy ! buat muka tak caya =O*
WISH ME LUCK :)

Thursday, July 12, 2012

DEMAM UPU !!!!!!!!

Assalamualaikum .
entry kali nie paling pendek dalam dunia ! *ok over =D*
just nak cakap esok result UPU keluar tau ! tau !
dah dekat empat bulan terperap dekat rumah, esok start pukul 12 tengah hari tahulah aku nak keluar rumah pergi mana lepas ini . Harap harap la dapat apa yang aku nak, insyaAllah .
Apa jadi sekalipun, REDHA dan BERSEDIA ok Nyda ! *muka cuak*


Korang boleh check kat sini nanti . Good luck untuk kawan2ku .
Jangan lupa share2 nanti =)



Thursday, July 05, 2012

Jodoh :))

Assalamualaikum warga Blogger :)
kebetulan tengah boring2 tadi, g la 'blogwalking' jap blog Irine Nadia Marcello .
alahh, one of blogger popular kat M'sia sekarang tu . Hehe 
tetiba rasa SWEET je lepas baca entry dia pasal walimatul urus, kahwin dah pun dia . anyway, tak terlambat lagi rasanya kan nak wish ..
Tahniah Kak Irine ! Selamat Pengantin Baru . Semoga bahagia selalu ye :) 
Akak Maria Elena bila pulak ? *tetiba tak masal, akak okayy ! haha*

Actually takde kena mengena sgt pun ngan aku sebab aku pun bukannye nak kahwin lagi, *wahhh, tetiba lagi . haha* . Saje tumpang gembira tengok orang lain bahagia *muehehe* .
Perjalananku masih jauh laa, sambung mana belajar pun tak tau lagi nie . Hehe
Ada tu memang ada la kan tapi sama2 belajar lagi . So, not too much hope . Doa yg terbaik je . Kalau ada jodoh, ade la kan . InsyaAllah :))
ibu sendiri pun cakap, belajar dulu . Nampak nampak ? tp dia takde la terus tak bagi kalau nak kenal2 camni kan, biasa la umur2 macam kita nie . Paham2 sendiri laa, hehe =D . Maybe nampak terlalu awal nak ckp pasal nie, tapi tak salah kan kalau kita doa agar dapat jodoh yang terbaik. Bagi yg dah ada calon tu, doa-doalah semoga jodoh tu kekal . InsyaAllah . 


Meh kita baca doa jap . *Tadah tangan* 


Bismillahirrohmanirrohim ...

Ya Allah, Ya Tuhanku,
Jika pendampingku telah Engkau lahirkan
Gerakan hatinya tuk menujuku. Pertemukanlah kami dalam sebaik-baiknya pertemuan tuk menuju Redha-Mu ..
Kerana Engkaulah yg berhak atas hati hamba2-Mu ..
Dan Engkau jua yg kuasa membolak-balikannya ..


Ya Rabb,

bila dia jauh, dekatkanlah ..

Eratkan hati kami dalam ikatan kerana-Mu, tautkan hatiku dengan hatinya yg sama2 mengharap & mendamba sebuah keinginan menuju redha-Mu ..


Ya Allah, Yang Maha Pencinta, 

Pemilik cinta sejati. Jikalau cintaku kau ciptakan untuk dia ..
Tabahkan hatinya ..
Teguhkan imannya ..
Tegarkan penantiannya ..

Ya Rabb ...Sang Pemilik Hati,
Jikalau hatiku KAU ciptakan untuk dia, penuhi hatinya dengan Kasih-Mu ..
Terangi langkahnya dengan Cahaya-Mu, limpahkan kelapangan di kalbunya dengan kesabaran  Temani dia dalam kesepian ..

Ya Rabb,
Tiada tempat ku bersandar Selain pada-Mu,
Kutitipkan cintaku pada-Mu untuknya ..
Kutitipkan sayangku pada-Mu untuknya ..
Kutitipkan rinduku pada-Mu untuknya ..
Mekarkan cintaku bersama cintanya ..
Satukan hidupku & hidupnya dalam Cinta-Mu ..

Rabb,
Ku yakin bila saatnya sudah menghampiri,
Pasti kebahagiaan itu aku dapati ..
Mohon beri aku kekuatan dan kesabaran dalam penantianku ..

Ya ALLAH !
kirimkan dia yang dapat membawa kebaikan,
Baik bagi duniaku, akhiratku dan agamaku ..
Agar kami sama2 berjamaah tuk tetap Menuju-Mu ..
bimbinglah hati kami, kuatkan hati kami ..
Penuhilah dengan Rahmat & kasih sayang-Mu ..Aamiin ya Rabb !


Sekian. ツ  

postoposto : dah masuk bulan 7 dah, kalau bulan Islam dah Syaaban . Tak lama lagi, Ramadhan bulan puasa . InsyaAllah, sentiasa perbanyakkan amal . Saling mengingatkan sesama sendiri :)